Bruce Lee yang merupakan pelopor seni bela diri Jeet Kun Do dikatakan memiliki lebih 2500 buah buku yang disimpan di perpustakaan peribadi beliau. Koleksi buku Bruce Lee merangkumi pelbagai tajuk dan judul seperti buku tentang seni mempertahankan diri, nutrisi, bina badan, buku tentang lawan pedang dan juga buku-buku falsafah.
Didalam buku Bruce Lee: Dynamic Becoming, penulis James Bishop telah menyenaraikan 367 buah buku yang disahkan terdapat di perpustakaan peribadi Bruce Lee. Antara buku-buku tersebut adalah:
- Aikido – Kisshomaru Ueshiba
- Advanced Karate – Mas Oyama
- The Book of 5 Rings – Miyamoto Musashi
- The Book of Fencing – Kass
- Bokuden Ikun Sho – Tsukuhara Bokuden
- Canon of Judo – Kyuzo Mifune
- Hero with a Thousand Faces – Joseph Campbell
- Introduction to Zen Buddhism – D.T. Suzuki
- Kill or Get Killed – Rex Applegate
- Kitab Injil
- Kitab Al Quran
Anak perempuan beliau, Shannon Lee juga pernah membawa peminat-peminat Bruce Lee menyusuri koleksi-koleksi buku Bruce Lee didalam perpustakaan peribadinya melalui klip video pendek yang dimuat naik ke laman youtube rasmi Bruce Lee.
Terbuktilah bahawa Bruce Lee bukan sahaja hebat dalam seni bela diri, malah merupakan seorang pembaca buku tegar.
***
Sumber: Fighting HQ
Kredit video: youtube